COOLABABY

Dicatat oleh ila


COOLABABY SNAP BUTTON

COOLABABY VELCRO
  • Design yang unik dan menarik..sesuai untuk bayi baru lahir hingga berumur 3 tahun..
  • Mudah untuk menyelaraskan saiz
  • inner yang lembut buatkan bayi rasa selesa
  • Bahagian luar yang boleh menyerap air untuk mengelakkan kebocoran
  • Menggunakan 100% Polester
WARNA-WARNA MENARIK
COOLABABY SNAP BUTTON,VELCRO DAN AIO

MERAH

HIJAU

KUNING

BIRU

PUTIH

PALE BLUE

MINT

OREN

PURPLE

PINK

Dicatat oleh ila

Bagi ibu yang menghantar bayi ke tempat asuhan or bbsitter...pastikan bekalkan 4-5 keping CD n bag plastik...bag tu berfungsi untuk meletakkan CD yg tlh digunakan...kiranye baby poopoo....birakan aje..lipat elok2 then simpan sekali ngn yg peepee dlm bag...nanti bila mama blk...blh la setelkan CD tu...kalau stok byk..blh simpan sampai 2-3 hari...janji jgn lebih dr 3 hari...rosak CD nanti...berbau...


Kalau stok CD sket...balik keje masa mandi tu blh la sental2 sket CD yg kotor...then rendam kejap...maybe lepas insyak...masa dh relax sket...kalau basuhan tgn dh blh basuh CD tu...kalau nk masuk mesin pun ok...then bila dh siap...jemur bwh kipas...pagi2 esok dh blh lipat utk bawak ke bbsitter...senang je kan...

Bagi yang belum lagi bertukar ke CD...jom dapatkan CD sekarang...bg yg ada CD blh la tambahkan koleksi anda...mahal ke? tak de lah...beli sket2 dulu...lama2 nanti byk le koleksi...pelaburan masa mula2 nk berCD je..then lepas tu...dh tak perlu keluar modal...

Ada yg ckp pakai Cd ni nanti baby jln kangkang bila dh besar....isk...tak de la...parent kita dulu2 pun pakai lampin...kita pun mak pakaikan lampin jugak..ade ke sesape yg jln kangkang..he3...masa kecik2 je...bila dh tk pakai CD...lama2 ok la jalan sikecik tu... :-)



APAKAH CLOTH DIAPERS(CD)????

Dicatat oleh ila

Apa itu cloth diaper?
Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?
Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dgn CD ditambah dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?
Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skrg diperkenalkan CD jenis AIO ini di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Boleh terus pakaikan pada baby!Mudahkan!!

Macam mana nak basuh?
Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.



CARA-CARA MEMBASUH CD

Dicatat oleh ila

Cara-cara nak basuh CD ni senang jer...cara-caranya camni...

1) Mula2 dapat cd kita kn pre wash dulu sekurang2 nyer 3 kali...ini adalah utk memberi daya serapan kepada insert dan juga mencuci poket cd dari kekotoran semasa proses pembuatan...
2)Anda di galakkan mengguna sabun yang tidak berenzim sperti sabun pureen HAD(kalau tak der sabun ni blh je guna sabun biasa tp yg tak de softner)..ini adalah kerana ade sesetengah bayi yang kulit terlalu sensitif...dan juga jgn sesekali memasukkan softner dan clorox..ini akan merosakkan insert anda...
3)Bagaimana nak basuh Cd yang "ber poo poo"?
Caranya senang jer...buang dulu poo poo ke dalam bowl tandas dengan pancutkan air kuat2 supaya poo poo tu senang tanggal...lepas tu sental2 jer poket cd tu...tak perlu memberus..sental2 manja pun dah ok...bl dah siap sental tu masukkan ke dalam laundry beg n last sekali masukkan ke dalam mesin basuh...kalau nak rendam dulu pun blh..tekan soak kat mesin basuh tu lepas tu mesin basuh tu akan buat kerja dia..sampai siap d cuci..
4)Seandainya terdapat kesan kekuningan poo poo pada cd anda...jgn risau...cuma jemurkan sahaja di bawah cahaya matahari selepas d cuci..Insyaalah..kesan kuning tu akan hilang..
5)CD ni jemur kejap jer pun dah kering...kurang dr 4 jam dah kering dan boleh d gunakan semula..cuma insert tu lambat cket la coz tebal..
gambar2 utk pembasuhan cd ni akan d upload kemudian...

Bagi para ibu yang hantar anak kat pengasuh atau nurseri pun msih boleh guna cd ni...kita tak akan susahkan mereka pun...caranya..kita bagi pada mereka cd yang telah siap d setting dan di masukkan iinsert ke dalam pocket cd..nanti pengasuh tu hanya pakaikan cd kat baby kita mcm pakai disposable diapers...kalau baby kita poo poo kita mtk jer dia simpan cd tu dalam plastik ato wetbag..nanti balik kita ambik dan basuh kat umah...jangan risau...cd ni takkan keluarkan bau poo poo tu ...tp jgn rendam terlalu lama cd ni sblm d basuh..takat sejam dua tu boleh laa..klau kita tak nak basuh tiap2 hari pun boleh dgn syarat biarkan cd ni kering bersama2 ngan poo atau pee...jgn rendam dahulu..kalau rendam nanti akan rosakkan microfleece tu...microfleece ni utk serap pee pee jer bukan utk serap air yang terlalu banyak...